Soalan Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Anda dipanggil ke temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian pada 07 September 2020 – 11 September 2020 ini? Kalau begitu sudah pasti anda dalam rangka mencari maklumat berkenaan contoh-contoh soalan temuduga latihan Pembantu Pembedahan Pergigian bukan? Teruskan bacaan sampai habis..

Kerana, andai gagal dalam sesi temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian kali ini, peluang lain mungkin tidak akan hadir lagi. Ruang untuk dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 akan terkubur begitu saja. Hasrat hati anda untuk menjadi anak yang baik dan berbudi kepada keluarga sudah boleh dilupakan. Hhmm..

Baca: Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41

Maklumat Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan: Institut Latihan KKM Pulau Pinang (Pergigian)

Maklumat lanjut, sila rujuk di portal rasmi SPA mengenai Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian ini.

Baca: Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 (PSEE)

Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

Setelah dua tahun berlalu, anda akan dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 yang juga dikenali sebagai Dental Surgery Assistant (DSA) dalam bahasa Inggerisnya.

Gred: U19
Taraf: Sijil
Gaji Minimum: RM1360
Gaji Maksimum: RM4052
Kenaikan Gaji Tahunan: RM100

Gaji permulaan pada gred U19 adalah RM1418.12

Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian U19

Sebelum kita pergi lebih dekat dengan contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan, yang bakal anda duduki, mari kita lihat dahulu apakah tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Pembedahan Pergigian.

Manalah tahu, kalau-kalau disoal dalam temuduga kan. Jadi boleh la hafal siap-siap.

Baiklah, selain apa yang diarahkan oleh ketua jabatan dari masa ke semasaa, antara lain tugas asas anda ialah :

  1. Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.
  2. Pembasmian kuman pada perkakasan pergigian.
  3. Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam pembedahan pesakit.
  4. Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.
  5. Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.
  6. Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakasan seperti troli dan mesin.
  7. Menyediakan penyata bulanan dan geraf.
  8. Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.

Baca: Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29

Persiapan Menghadapi Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Sekiranya anda dipanggil untuk menghadiri temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian, jangan sia-siakan peluang ini. Buat persediaan secukupnya. Jangan hadir temuduga tanpa membuat persiapan.

Rugi sangat-sangat.

Mana tahu ada rezeki anda di situ.

Untuk persediaan temuduga, anda digalakkan membaca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred dan seumpamanya.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Pembantu Pembedahan Pergigian.
  • Peralatan berkaitan pergigian.
  • Pengetahuan am berkaitan gigi.
  • Istilah asas berkaitan pergigian.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

Isu-isu semasa anda boleh baca dari portal berita maya. Ambil tahu sedikit sebanyak tentang isu-isu semasa yang sedang rancak diperkatakan pada ketika ini. Kami hampir pasti, soalan temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian berkaitan topik COVID-19 kemungkinan agak besar untuk keluar.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Berikut disenaraikan beberapa contoh Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian yang popular ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian:

  • Boleh kenalkan diri awak.
  • Skop tugas Pembantu Pembedahan Pergigian. Apa dia?
  • Kenapa awak pilih kerjaya Pembantu Pembedahan Pergigian? Kerja ni tak glamor.
  • Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  • Apa jenis gigi yang awak tahu?
  • Gigi kanak-kanak ada 20 batang ke 21 batang? Pasti?
  • Gigi manusia dewasa berapa?
  • Apa kempen kesihatan yang dianjurkan KKM sekarang?
  • Apakah jenis peralatan yang digunakan dalam pembedahan gigi?
  • Jika gusi bengkak, boleh atau tidak pembedahan dilakukan?
  • Apakah fungsi gigi kacip?
  • Awak tahu tentang florida?
  • Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
  • Apakah rawatan pergigian yang ditawarkan Kementerian?
  • Siapa Yang Dipertuan Agong sekarang?
  • Nampaknya awak ada diploma. Kenapa mohon yang ni, ni kan sijil?
  • Selain ubat gigi, mana lagi florida boleh didapati?

Soalan Bahasa Inggeris Dalam Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Satu perkara tentang temuduga kerja kerajaan ni, kadang-kadang anda akan diajukan soalan yang lebih mencabar berbanding calon lain. Sebab itu anda perlu buat persediaan lebih. Kalau nak berjaya la kann..

Sebab..

Ada calon dapat soalan senang.

Tapi ada juga calon yang dapat soalan susah.

Paling teruk, kalau calon yang dapat soalan provokasi. Memang ketaq kepala lutut!

Tetapi, jangan tak tahu yang ada juga calon diminta untuk jawab soalan dalam bahasa Inggeris.

Dari pengalaman temuduga calon-calon yang lalu-lalu, ada yang diminta untuk memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Jadi anda juga boleh cuba berlatih perkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris sekali. Kita tak tahu nasib kan. Jangan menyesal Cik Salmah..

Mana la tahu panel penemuduga meminta anda menjawab soalan dalam bahasa Inggeris.

Tips Penting Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

  1. Datang Awal

Jadual temuduga SPA biasanya (tapi tak semestinya) memang sebelah pagi. Kalau jadual jam 9.00 pagi, datang la sejam lebih awal. Bukan anda sorang yang duduk temuduga hari itu. Jadi dapatkan nombor giliran temuduga awal dan duduklah dengan relaks.

  1. Pakaian Kena Sesuai

Calon perempuan sila pakai baju kurung atau pakaian yang tidak seksi. Warna pakaian biar plain. Jangan pakai banyak kaler atau rambu-ramba. Kasut bertutup. Jangan sekali-kali pakai selipar atau sandal sahaja.

  1. Bawa Bersama Dokumen Penting
  • Surat panggilan temuduga
  • Resume bergambar
  • IC dan salinan IC
  • Salinan surat beranak
  • Salinan sijil/slip keputusan PMR
  • Salinan sijil/slip keputusan SPM
  • Salinan sijil berhenti sekolah
  • Semua sijil original yang berkaitan
  1. Baca Rujukan Temuduga Separa Perubatan

Untuk melengkapkan lagi persediaan anda, amatlah digalakkan membaca rujukan temuduga untuk letihan separa perubatan di bawah :

Rujukan Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Bagi yang terlibat dengan temuduga PKA, sila rujuk Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam ini.

Kami harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan untuk menghadapi temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian yang bakal anda hadapi.

Semoga Berjaya!

Dimana tempat latihan pembantu pembedahan pergigian?

Institut Latihan KKM Pulau Pinang (Pergigian)

Pembantu pembedahan pergigian in english?

Dental Surgery Assistant (DSA)

Leave a Comment

error: Content is protected !!