Anda dipanggil ke temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam Sesi Julai 2024 utk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 17 Mac 2024 – 20 Mac 2024 (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 20 Mac 2024 (untuk calon Sarawak) atau pada 25 Mac 2024 – 28 Mac 2024 (untuk calon Sabah)? Kalau begitu, sudah pasti anda dalam rangka mencari maklumat berkenaan contoh-contoh soalan temuduga latihan Pembantu Kesihatan Awam bukan? Teruskan bacaan sampai habis..
Kerana, andai gagal dalam sesi temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam kali ini, peluang lain mungkin tidak akan hadir lagi. Ruang untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam U19 akan terkubur begitu saja. Hasrat hati anda untuk menjadi anak yang baik dan berbudi kepada keluarga sudah boleh dilupakan. Hhmm..
Nota Penting: Sebelum itu, bagi anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam utk ambilan KKM pada 14 Februari 2024 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam.
Penjadualan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam Tahun 2024
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam Bagi Sesi Julai 2024
(Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung))
[ Tarikh Temu Duga: 17 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ]
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam Bagi Sesi Julai 2024
(Kementerian Kesihatan Malaysia (Sarawak))
[ Tarikh Temu Duga: 18 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ]
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam Bagi Sesi Julai 2024
(Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah))
[ Tarikh Temu Duga: 25 Mac 2024 – 28 Mac 2024 ]
Baca: Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 (PSEE)
Maklumat Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Jantina: Lelaki sahaja
Tempoh Latihan: 2 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
- Institut Latihan KKM Sungai Buloh, Selangor
- Institut Latihan KKM Batu Rakit, Terengganu (Pembantu Kesihatan Awam)
Sila rujuk di portal rasmi SPA, maklumat lanjut berkenaan Latihan Pembantu Kesihatan Awam.
Baca: Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41
Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
Setelah dua tahun berlalu, anda akan dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 yang juga dikenali sebagai Public Health Assistant (PHA) dalam bahasa Inggerisnya.
Gred: U19
Taraf: Sijil
Gaji Minimum: RM1,360.00
Gaji Maksimum: RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
Gaji permulaan pada gred U19 adalah RM1,360.00
Tugas Pembantu Kesihatan Awam U19
Sebelum kita pergi lebih dekat dengan contoh soalan temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam, yang bakal anda duduki, mari kita lihat dahulu apakah tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Kesihatan Awam.
Manalah tahu, kalau-kalau disoal dalam temuduga kan. Jadi boleh la hafal siap-siap.
Baiklah, selain apa yang diarahkan oleh ketua jabatan dari masa ke semasaa, antara lain tugas asas anda ialah :
Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
- Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan air limbah;
- Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal;
- Pengawalan mutu air minum luar bandar termasuk membantu dalam penguatkuasaan Akta Air Minum;
- Terlibat dalam pengawalan kesihatan alam sekitar dan program perlindungan alam sekitar.
Baca: Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29
Persiapan Menghadapi Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Sekiranya anda dipanggil untuk menghadiri temuduga Pembantu Kesihatan Awam, jangan sia-siakan peluang ini. Buat persediaan secukupnya. Jangan hadir temuduga tanpa membuat persiapan.
Rugi sangat-sangat.
Mana tahu ada rezeki anda di situ.
Untuk persediaan temuduga, anda digalakkan membaca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred Pembantu Kesihatan Awam.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Pembantu Kesihatan Awam.
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
Istilah-istilah dunia kesihatan persekitara juga anda perlu kuasai. Tidak patut anda sebagai PKA tidak mengetahui sebutan-sebutan khusus. Ini akan berperanan penting dalam dunia pekerjaan anda nanti.
Memang sekarang anda belum tahu itu semua, tapi sudah sampai masanya untuk mempelajari perkara baharu. Lagi pun, ini untuk masa depan anda juga.
Antara istilah yang mungkin anda perlu pelajari, termasuklah :
- Patologi kimia dan sinaran
- Agen biologi
- Persekitaran fizikal, psikologi dan sosial
- Persekitaran estetik
- Kesihatan persekitaran awam
- Kualiti udara
- Keselamatan makanan
- Penyelengaraan tapak tercemar
- Pngurusan sisa terjadual
- Tapak pelupusan sampah sanitari
- Keracunan plumbum, raksa dan aarsenik
- Sistem rawatan tangki septik
- Tandas kimia
- Lohong dan loji pembentungan
- Bahan buangan perubatan dan klinikal
- Keselamatan industri
- Radiologi
- Radiasi berion
- Penyakit bawaan air rekreasi
- Sumber air mentah dan air minum
- Pengurusan dan pengagihan air domestik
- Pengurusan simpanan air bersih
- Pengklorinan dan pengfloridaan
- Kawalan mutu air mentah bersih
Isu-isu semasa anda boleh baca dari portal berita maya. Ambil tahu sedikit sebanyak tentang isu-isu semasa yang sedang rancak diperkatakan pada ketika ini. Kami hampir pasti, soalan temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam berkaitan topik COVID-19 kemungkinan agak besar untuk keluar.
12 Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Berikut disenaraikan beberapa contoh Latihan Pembantu Kesihatan Awam yang popular ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam:
- Boleh kenalkan diri awak.
- Skop tugas Pembantu Kesihatan Awam. Apa dia?
- Kenapa awak pilih kerjaya Pembantu Kesihatan Awam? Kerja ni tak glamor.
- Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Apa kempen kesihatan yang dianjurkan KKM sekarang?
- Dari mana anda kenal Pembantu Kesihatan Awam, apakah cita-cita anda sebenar?
- Boleh anda kongsikan isu semasa yang terkini?
- Kenapa anda memilih jawatan kerajaan sedangkan anda masa kini kerja di sektor swasta?
- Jika anda diberi peluang menjawat jawatan ini, adakah anda sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?
- Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
- Siapa Yang Dipertuan Agong sekarang?
- Nampaknya awak ada diploma. Kenapa mohon yang ni, ni kan sijil?
Soalan Bahasa Inggeris Dalam Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Satu perkara tentang temuduga kerja kerajaan ni terutama dalam temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam, kadang-kadang anda akan diajukan soalan yang lebih mencabar berbanding calon lain. Sebab itu anda perlu buat persediaan lebih. Kalau nak berjaya la kann..
Sebab..
Ada calon dapat soalan senang.
Tapi ada juga calon yang dapat soalan susah.
Paling teruk, kalau calon yang dapat soalan provokasi. Memang ketaq kepala lutut!
Tetapi, jangan tak tahu yang ada juga calon diminta untuk jawab soalan dalam bahasa Inggeris.
Dari pengalaman temuduga calon-calon temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam yang lalu-lalu, ada yang diminta untuk memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Jadi anda juga boleh cuba berlatih perkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris sekali. Kita tak tahu nasib kan. Jangan menyesal Cik Salmah..
Mana la tahu panel penemuduga meminta anda menjawab soalan dalam bahasa Inggeris.
Tips Penting Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Datang Awal
Jadual temuduga SPA biasanya (tapi tak semestinya) memang sebelah pagi. Kalau jadual jam 9.00 pagi, datang la sejam lebih awal. Bukan anda sorang yang duduk temuduga hari itu. Jadi dapatkan nombor giliran temuduga awal dan duduklah dengan relaks.
- Pakaian Kena Sesuai
Calon perempuan sila pakai baju kurung atau pakaian yang tidak seksi. Warna pakaian biar plain. Jangan pakai banyak kaler atau rambu-ramba. Kasut bertutup. Jangan sekali-kali pakai selipar atau sandal sahaja.
- Bawa Bersama Dokumen Penting
- Surat panggilan temuduga
- Resume bergambar
- IC dan salinan IC
- Salinan surat beranak
- Salinan sijil/slip keputusan PMR
- Salinan sijil/slip keputusan SPM
- Salinan sijil berhenti sekolah
- Semua sijil original yang berkaitan
- Baca Rujukan Temuduga Separa Perubatan
Untuk melengkapkan lagi persediaan anda, amatlah digalakkan membaca rujukan temuduga untuk latihan separa perubatan di bawah. Rujukan ini memang amat sesuai dijadikan bacaan tambahan untuk calon Latihan Pembantu Kesihatan Awam:
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam).
Selain itu,
Anda juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Satu lagi, selain Latihan Pembantu Kesihatan Awam, satu lagi latihan separa perubatan bertaraf sijil di bawah kelolaan KKM ialah PPP atau Pembantu Pembedahan Pergigian. Jika anda terlibat dengan temuduga PPP, rujuk contoh soalan temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian.
Kami harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan untuk menghadapi temuduga Pembantu Kesihatan Awam yang bakal anda hadapi.
Semoga Berjaya!
Lain-Lain FAQ
Dimana tempat latihan Pembantu Kesihatan Awam?
Institut Latihan KKM Sungai Buloh, Selangor
Institut Latihan KKM Batu Rakit, Terengganu (Pembantu Kesihatan Awam)
Pembantu Kesihatan Awam in english?
Public Health Assistant (PHA)