Anda dipanggil ke sesi temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian utk ambilan Sesi Oktober 2026 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini? Kalau begitu sudah pasti anda dalam rangka mencari maklumat berkenaan contoh-contoh soalan temuduga latihan Pembantu Pembedahan Pergigian bukan? Teruskan bacaan sampai habis..
Isi Kandungan
Kerana, andai gagal dalam sesi temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian kali ini, peluang lain mungkin tidak akan hadir lagi. Ruang untuk dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1 akan terkubur begitu saja. Hasrat hati anda untuk menjadi anak yang baik dan berbudi kepada keluarga sudah boleh dilupakan. Hhmm..
Nota Penting: Sementara, bagi anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian utk ambilan KKM yg dijadualkan pada 3 Okt 2025 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian.
Iklan Pengambilan Pembantu Pembedahan Pergigian Bagi Sesi Oktober 2026
SPA baru sahaja mengumumkan iklan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil bagi ambilan sesi Oktober tahun 2026 pada 25 Febuari 2026 lepas.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 03 Mac 2026, Hari Selasa, Jam11.59 malam.
Berdasarkan iklan berkenaan, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil sesi Oktober 2026 secara keseluruhan ialah sebanyak 3 335 tempat.

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA ini, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Pembantu Pembedahan Pergigian bagi kemasukan sesi Oktober 2026 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 100 tempat. Dengan calon simpanan seramai 30 orang sahaja.
Penjadualan Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Sesi Oktober 2026
- LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: Belum Diumumkan]
- LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN (SARAWAK)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: Belum Diumumkan]
- LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN (SEMENANJUNG)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: Belum Diumumkan]
Pautan Semakan:
https://spa.gov.my/perkhidmatan/semakan-online/semakan-penjadualan/senarai-penjadualan-temu-duga
Baca: Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB9
Maklumat Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 2 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan: Pusat Pergigian Kanak-Kanak (PPKK) & Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian)
Maklumat lanjut, sila rujuk di portal rasmi SPA mengenai Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian ini.
Baca: Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q5 (PSEE)
Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1
Setelah dua tahun berlalu, anda akan dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1 yang juga dikenali sebagai Dental Surgery Assistant (DSA) dalam bahasa Inggerisnya.
Gred: U1
Taraf: Sijil
Gaji Minimum: RM1,500.00
Gaji Maksimum: RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM100
Gaji permulaan pada gred U1 adalah RM1,500.00
Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian U1
Sebelum kita pergi lebih dekat dengan contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan, yang bakal anda duduki, mari kita lihat dahulu apakah tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Pembedahan Pergigian.
Manalah tahu, kalau-kalau disoal dalam temuduga kan. Jadi boleh la hafal siap-siap.
Baiklah, selain apa yang diarahkan oleh ketua jabatan dari masa ke semasaa, antara lain tugas asas anda ialah :
- Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.
- Pembasmian kuman pada perkakasan pergigian.
- Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam pembedahan pesakit.
- Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.
- Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.
- Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakasan seperti troli dan mesin.
- Menyediakan penyata bulanan dan geraf.
- Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.
Baca: Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB5
Persiapan Menghadapi Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Sekiranya anda dipanggil untuk menghadiri temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian, jangan sia-siakan peluang ini. Buat persediaan secukupnya. Jangan hadir temuduga tanpa membuat persiapan.
Rugi sangat-sangat.
Mana tahu ada rezeki anda di situ.
Untuk persediaan temuduga, anda digalakkan membaca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred dan seumpamanya.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Pembantu Pembedahan Pergigian.
- Peralatan berkaitan pergigian.
- Pengetahuan am berkaitan gigi.
- Istilah asas berkaitan pergigian.
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
Isu-isu semasa anda boleh baca dari portal berita maya. Ambil tahu sedikit sebanyak tentang isu-isu semasa yang sedang rancak diperkatakan pada ketika ini. Kami hampir pasti, soalan temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian berkaitan topik COVID-19 kemungkinan agak besar untuk keluar.
Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Berikut disenaraikan beberapa contoh Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian yang popular ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian:
- Boleh kenalkan diri awak.
- Skop tugas Pembantu Pembedahan Pergigian. Apa dia?
- Kenapa awak pilih kerjaya Pembantu Pembedahan Pergigian? Kerja ni tak glamor.
- Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Apa jenis gigi yang awak tahu?
- Gigi kanak-kanak ada 20 batang ke 21 batang? Pasti?
- Gigi manusia dewasa berapa?
- Apa kempen kesihatan yang dianjurkan KKM sekarang?
- Apakah jenis peralatan yang digunakan dalam pembedahan gigi?
- Jika gusi bengkak, boleh atau tidak pembedahan dilakukan?
- Apakah fungsi gigi kacip?
- Awak tahu tentang florida?
- Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
- Apakah rawatan pergigian yang ditawarkan Kementerian?
- Siapa Yang Dipertuan Agong sekarang?
- Nampaknya awak ada diploma. Kenapa mohon yang ni, ni kan sijil?
- Selain ubat gigi, mana lagi florida boleh didapati?
Soalan Bahasa Inggeris Dalam Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Satu perkara tentang temuduga kerja kerajaan ni, kadang-kadang anda akan diajukan soalan yang lebih mencabar berbanding calon lain. Sebab itu anda perlu buat persediaan lebih. Kalau nak berjaya la kann..
Sebab..
Ada calon dapat soalan senang.
Tapi ada juga calon yang dapat soalan susah.
Paling teruk, kalau calon yang dapat soalan provokasi. Memang ketaq kepala lutut!
Tetapi, jangan tak tahu yang ada juga calon diminta untuk jawab soalan dalam bahasa Inggeris.
Dari pengalaman temuduga calon-calon yang lalu-lalu, ada yang diminta untuk memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Jadi anda juga boleh cuba berlatih perkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris sekali. Kita tak tahu nasib kan. Jangan menyesal Cik Salmah..
Mana la tahu panel penemuduga meminta anda menjawab soalan dalam bahasa Inggeris.
Tips Penting Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Datang Awal
Jadual temuduga SPA biasanya (tapi tak semestinya) memang sebelah pagi. Kalau jadual jam 9.00 pagi, datang la sejam lebih awal. Bukan anda sorang yang duduk temuduga hari itu. Jadi dapatkan nombor giliran temuduga awal dan duduklah dengan relaks.
- Pakaian Kena Sesuai
Calon perempuan sila pakai baju kurung atau pakaian yang tidak seksi. Warna pakaian biar plain. Jangan pakai banyak kaler atau rambu-ramba. Kasut bertutup. Jangan sekali-kali pakai selipar atau sandal sahaja.
- Bawa Bersama Dokumen Penting
- Surat panggilan temuduga
- Resume bergambar
- IC dan salinan IC
- Salinan surat beranak
- Salinan sijil/slip keputusan PMR
- Salinan sijil/slip keputusan SPM
- Salinan sijil berhenti sekolah
- Semua sijil original yang berkaitan
- Baca eBook Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan oleh AtokPencen.com ini disusun khas untuk bantu korang bersedia dari A sampai Z dengan skrip jawapan, contoh soalan sebenar, checklist dokumen, teknik komunikasi, dan bonus latihan keyakinan.
Dengan harga promosi RM11, korang akan dapat lebih 89 muka surat panduan padat, praktikal dan mudah faham.
Kalau korang betul-betul nak lulus, ini pelaburan paling bijak untuk masa depan. Klik di bawah untuk tempah sekarang dan mula bersedia hari ini!

Rujukan panduan lulus temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian).
Selain itu,
Anda juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Bagi yang terlibat dengan temuduga PKA, sila rujuk Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam ini.
Kami harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan untuk menghadapi temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian yang bakal anda hadapi.
Semoga Berjaya!
Dimana tempat latihan pembantu pembedahan pergigian?
Pusat Pergigian Kanak-Kanak (PPKK) & Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian).
Pembantu pembedahan pergigian in english?
Dental Surgery Assistant (DSA).
Saya berminat