Setelah melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) , stage seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga. Dalam stage inilah yg akan menentukan sama ada korang layak mendapat tempat di IPG atau tidak. So, di sini akan dikongsikan sedikit tips dan contoh soalan temuduga IPG 2025. Di harap ia memberi sedikit idea bagaimana dan apa yg mungkin ditanya.
Isi Kandungan
Artikel ringkas ini mengumpulkan beberapa petikan bahan daripada pelbagai Sumber. Di samping perkongsian pengalaman daripada calon yang pernah menduduki temuduga IPG sebelum ini.
Persediaan sebelum hadir ke temuduga IPG
Pertama, pastikan korang dah muaturun semua borang-borang yang perlu dibawa. Semua ya.
Pastikan korang isi semua borang dengan betul. Kalau mana dokumen atau Sijil yg perlu disahkan. Korang sahkan awal-awal.
Kalau mana yg perlu bawa original tu, jgn lupa bawa yg original. Khusus ya IC dan sebagainya.
Setelah selesai semua, susunlah borang, Sijil dan dokumen itu di dalam folder atau fail. Susun kemas-kemas. Ikut kategori. Mana sijil, susun semua jenis Sijil yg ada.
Benda ni penting sebab folder ni la yg akan dilihat oleh penemuduga nanti.
Kedua, datang awal. Datang seawal yg boleh. Korang lambat mmg nahas. Datang awal dan berpakaian seperti seorang penjawat Awam. Pakai baju kemeja putih, seluar slack hitam dan kasut hitam bertutup. Kulit tak Kulit kasut tu, belakang kira.
Tie jgn lupa. Stoking jgn tak Pakai. Begitu juga dgn name tag.
Contoh Soalan Temuduga IPG 2025
Berikut adalah rangkuman beberapa soalan yang kemungkinan akan ditanya di dalam temuduga IPG yang akan anda duduki kelak. Walaupun soalan ini tidak semestinya akan keluar, akan tetapi calon digalakkan untuk mengetahui hal ini.
- Sila kenalkan diri awak.
- Kenapa nak jadi guru?
- Apa sebab nak masuk IPG? Kenapa tak mohon IPT?
- Jelaskan kkonsep Pendidikan melalui pemahaman awak.
- Cuba cerita kan pengalaman mengajar atau bekerja dengan kanak-kanak. Kalau ada.
- Murid nakal. Apa awak nak buat?
- Denda bagaimana yg awak cadangkan untuk murid yg tidak patuh kepada peraturan?
- Bagaimanakah Sains dan Teknologi Maklumat (ICT) dapat meningkatkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran?
- Apakah yang dikatakan peranan atau tanggungjawab sebagai seorang guru?
- Apakah langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu?
- Bagaimanakah Bahasa Melayu tersebar di luar negara?
- Berikan pandangan awak tentang penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja.
*Untuk soalan temuduga IPG secara individu pula, selalunya ia lebih berkaitan dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan kepada korang.
Soalan Temuduga IPG 2025 Mengenai Isu semasa Pendidikan
Antara isu semasa dunia Pendidikan yg korang perlu cari tahu adalah seperti di bawah:
- Tema Hari Guru 2025
- Pelaksanaan KSSR dan PBS.
- Pemberian Baucer Buku
- Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
- Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
- Literasi (Bahasa Malaysia) dan Numerasi (Matematik) (LINUS)
- LINUS 2.0- Bahasa Inggeris
- 1 Murid 1 Sukan
- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
- Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
- i THINK (Inovatif Thinking) – 8 Peta Pemikiran.
Korang harus ingat ya. Dunia Pendidikan di Malaysia adalah dinamik dan sering berubah-ubah. Jadi jangan had kan pembacaan korang terhadap topik yang dicadangkan di atas saja. Boleh dikatakan, setiap tahun akan ada satu atau dua isu baru yg hangat diperdebatkan dalam arena Pendidikan.
Jangan sampai korang nampak tak ambil tahu dan jangan sampai korang nampak outdated sangat.
Pengalaman menghadiri dan menjawab soalan temuduga IPG daripada Anis Diyana
Berikut petikan daripada perkongsian beliau:
Alhamdulillah selesai sudah temuduga saya yang terakhir iaitu temuduga ipg pada hari ini. Lepas ni tunggu masa untuk angkat beg dan keluar dari rumah untuk sambung study pulak sob sob. Sekiranya korang dapat temuduga ipg, ini bermakna korang lulus ujian saringan pertama Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Beribu-ribu tahniah saya ucapkan.
Sementara pengalaman temuduga saya ini masih segar di ingatan saya lebih baik saya update laju-laju.Ini kiranya entri panas dari oven hihik. Tak banyak blog yang share pasal temuduga ipg ni dan juga course yang saya ambil jadi saya rasa nak berkongsi dengan korang pengalaman temuduga ipg saya ni. Saya harap entri ini dapat membantu anda untuk temuduga itu nanti.
Saya dapat temuduga IPG Calon Guru PISMP 2015 dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di IPG Kampus Kota Bharu,Kelantan. Sehari sebelum temuduga saya bermalam di Machang rumah ayah saudara sebab takut lambat pulak sampai, lepas subuh je terus bertolak ke Kota Bharu dan sampai di IPG Kampus Kota Bharu dalam pukul 7.30 pagi.
Dalam surat temuduga tu saya dapat sesi 1 dan Bilik M. Panel akan bagi satu kertas lepas tu suruh tulis nama kita dekat kertas tu dan kertas tu kena tampal di tudung@baju untuk dijadikan sebagai name tag. Walaupun korang dah ada nametag sendiri tapi tetap kena pakai nametag kertas tu jugak haha jangan bantah ok ikut je.
Panel pun akan mintak fail yang ada sijil-sijil kita tu dan suruh check nombor masing-masing. Saya dapat nombor 5. Sementara kena panggil untuk temuduga tu, kenal-kenallah jugak jiran sebelah. Ehm tapi sebab saya introvert jadi orang kena tegur saya dulu hihi. Orang sebelah saya tu tegur, “Awaklah yang tulis blog Anis Diyana tu kan?” Aku dah tersipu-sipu malu masa tu haha sebab boleh pulak jumpa reader blog saya dekat sini, kitorang bilik dan group sama lak tu hehe.
Oh ye temuduga ni dijalankan dalam group jadi korang tak nervous berseorangan dalam bilik tu haha.Temuduga sepatutnya mula pukul 8 pagi tapi dalam pukul 8.30 barulah kumpulan saya kena panggil untuk temuduga. Dalam kumpulan saya ada 7 orang,semua perempuan dan ada seorang sahaja lelaki. Panel tu akan suruh kita duduk di kerusi yang ditetapkan. Ada dua orang panel dan dua-dua tu lelaki and yes diorang semua tu baik je, kami siap boleh gelak lagi dalam bilik tu haha.
Mula-mula panel tu suruh kami semua tonton satu tayangan video. Walaupun video tu korang mungkin dah biasa tengok sebab pernah keluar dekat iklan tv tapi tengoklah jugak, tengok pun bukan sekadar tengok je, ingat ni wayang ke apa? Kah. Panel bukan saja-saja bagi video tu, lepas video tu habis mereka akan tanya soalan berdasarkan video tu jadi hayatilah video tu baik-baik. Ini video yang saya dapat masa temuduga tadi..
Okay lepas habis je video tu, panel tu tanya ahli kumpulan saya setiap seorang. Panel pun akan buka soalan tapi kali ni siapa nak jawab kena volunteer angkat tangan means siapa cepat dia dapat lah. Cuba elakkan jadi orang terakhir yang angkat tangan jawab soalan panel nanti idea kita orang lain dah ambik kita pulak termangu-mangu kat Situ. Memang semua orang kena bercakap, tak boleh diam langsung OK. Ahli kumpulan saya semuanya memang hebat-hebat belaka, idea mereka semua bernas, terasa kerdilku disitu huhu. Soalan-soalan yang telah ditanya oleh panel kepada saya adalah:
1.Apa yang anda dapat daripada video tersebut?
2.Tempat tinggal dan asal usul nama tempat tinggal.
3.Apa yang anda dapat kaitkan nilai yang ada dalam video tu dengan diri anda?
4.Pengajaran daripada video tersebut.
Takda satu habuk pun panel tanya pasal isu pendidikan! Kemainlah aku hafal PPPM, nama menteri, KSSR, bilangan ipg tapi panel tu tak tanya pun hahaha tapi lega jugaklah panel tak tanya pasal tu. Panel lebih banyak bertanya soalan berdasarkan video itu sahaja. Dah takda apa-apa lagi panel bagi kami balik.I I was like kenapa sekejap sangat, kerusi pun tak rasa panas lagi ni hahaha tengok orang lain pun nak tak nak je bangun. Alhamdulillah dalam 30 minit dah selesai temuduga memang sekejap sangat.
Yaa.. Mungkin isu semasa dunia Pendidikan tidak ditanya kan kpd beliau. Itu nasib ya. Nasib korang tak tahu lagi. Jadi jangan abaikan apa apa topik yg berkemungkinan ditanya. Itu sahaja perkongsian kali ini berkaitan topik soalan temuduga IPG. Di harap ianya memberi korang idea apa yg perlu dibuat dan disediakan. Babai..