Anda dipanggil Peperiksaan online SPA PSEE? Sampai saat ini masih tak pasti apa benda nak kena prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan Pengetahuan Am SPA yg bagus? Gagal Peperiksaan online SPA (PSEE) akan ‘meranapkan’ peluang anda untuk dipanggil ke sesi temuduga dan seterusnya mendapat lantikan dalam kerajaan yang menjadi impian ramai.

Isi Kandungan
Gagal peperiksaan PSEE SPA ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat anda untuk menjadi anak yg selalu menjadi ’buah mulut’ ibu di hadapan kawan-kawannya semasa berborak.
Dan gagal peperiksaan PSEE SPA ini sudah tentu ‘menerbangkan’ cebisan angan-angan anda untuk menjadi nama anak yg selalu menjadi ‘kebanggaan’ bapa di hadapan rakan-rakannya tatkala sembang kosong di kedai makan.
Di bawah merupakan koleksi soalan Pengetahuan Am SPA (Updated 2020) yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap soalan Pengetahuan Am SPA yang disediakan di bawah.
Bertuahnya, sebab anda juga boleh dapatkan rujukan khas soalan Pengetahuan Am SPA yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama menghadapi peperiksaan online (PSEE) pada tahun ini.
Tujuan Utama Peperiksaan Online SPA (PSEE)
Peperiksaan Online SPA (PSEE) terutama seksyen Pengetahuan Am SPA PSEE adalah bertujuan untuk menapis calon yang layak untuk diserap masuk ke dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Umum mengetahui, bahawa calon berjuta-juta mencuba nasib dengan mengisi borang permohonan online SPA9 (sebelum ini dipanggil SPA8i) di laman web SPA dan hanya sebilangan kecil sahaja yang benar-benar layak untuk memohon sesuatu jawatan dalam kerajaan.
Daripada mereka yang layak ini, akan ditapis melalui pelbagai kaedah yang telah ditetapkan. Bermula dengan :
1) tapisan kelayakan dalam sistem SPA9,
2) diikuti dengan tapisan peperiksaan online,
3) ujian psikometrik,
4) pemeriksaan fizikal dan kecergasan.
5) Kemudian, tapisan Program Assessment Center (PAC), dan
6) dikehendaki lulus temuduga sebelum layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.
Berkhidmat dalam sektor awam memanglah menjadi cita-cita ramai kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan berbanding bekerja dengan sektor swasta. Paling penting adalah jaminan untuk kerja tetap. Lihat saja ketika negara dilanda krisis COVID-19 pada ketika ini.
Di sebalik kegusaran dibuang kerja dan bergelut untuk meneruskan hidup seperti dalam sektor lain. Pekerja sektor awam bahkan mendapat moratorium dan beberapa keringanan beban yang ditanggung. Alhamdulillah.
Sebab itu, jika kita lihat selepas SPA membuka semula pengambilan untuk beberapa jawatan. Ratusan ribu pemohon berpusu-pusu mencuba nasib dan bersaing mendapatkan tempat di sektor awam.
Semakan Penjadualan Peperiksaan SPA
Semakan penjadualan peperiksaan online SPA boleh dibuat dengan melayari:
Facebook SPA:
https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/
Atau
Portal SPA :
http://www.spa.gov.my/ web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Pihak SPA akan mengeluarkan makluman mengenai jadual peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) dan jadual ujian psikometrik serta penjadualan temuduga terkini menggunakan kedua-dua saluran di atas. Di samping menghantar emel panggilan kepada calon yang terpilih.
Pengenalan Seksyen Pengetahuan Am SPA PSEE
Apa benda Seksyen Pengetahuan Am ini sebenarnya?
Basically, seksyen Pengetahuan Am ini adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan isu-isu mutakhir di Malaysia secara khusus. Antara topik besar yang sering disoal dalam seksyen Pengetahuan Am SPA PSEE adalah berkaitan dengan:
1) isu-isu semasa,
2) hal ehwal politik,
3) dasar-dasar awam,
4) pengurusan sumber ekonomi,
5) pengurusan sumber kewangan,
6) pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta
7) keselamatan negara.
Sesetegah peperiksaan online SPA mengandungi 3 seksyen. Manakala yg lain cuma ada 2 seksyen sahaja. Dua lagi seksyen itu adalah Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen Kefahaman bahasa Inggeris.
Buta Dasar-Dasar Awam
Biasa kita dengar buta huruf untuk yg tak tahu membaca. Buta dasar awam pula ialah untuk yg tak tahu menahu mengenai enakmen, undang-undang dan isu semasa yang berkait dengan hal-ehwal pentadbiran dan kenegaraan.
Buta dasar awam ini terjadi kerana – ketidakpekaan generasi kini. Anda kalau isu ‘viral‘ memang no 1. The best. Tau aje apa benda yang sedang ‘trending’ now.
Tapi kami mohon maaf, soal apa tgh viral dan apa yang sedang trending saat ini kompem tak kuar dalam Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE.
Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen Pengetahuan Am SPA PSEE ini kepada beberapa bidang utama iaitu;
- bidang kerja sosial,
- perpaduan negara dan keharmonian negara,
- teknologi maklumat dan komunikasi,
- pentadbiran negara,
- keselamatan negara
Kepada anda yg rajin tu, sila buat kerja rumah dengan membaca mengenai bidang utama yg kami cadangkan di atas. Bagi yang kureng sikit tu, beli jela rujukan soalan Pengetahuan Am SPA yg kami cadangkan di bawah.
Tapi itu tidak bermakna anda sudah tak perlu menambah pengetahuan am pula. Benda ni tetap sentiasa penting untuk kita semua. Takdelah nampak tak tahu sangat kalau orang tanya kan. Tambah-tambah lagi kalau soalan berkenaan dasar negara ni keluar time temuduga.
Soalan Pengetahuan Am SPA
Di bawah adalah 20 soalan Pengetahuan Am SPA. Contoh-contoh soalan ini bolehlah digunakan sebagai panduan awal anda sebelum duduk exam online nanti.
Setiap soalan adalah berdasarkan soalan-soalan yang pernah ditanya dalam peperiksaan online SPA yang lepas-lepas. Jadi anda boleh dapat gambaran skop soalan dan jenis soalan yang mungkin akan keluar dalam peperiksaan online SPA akan datang.
20 soalan Pengetahuan Am SPA (Updated 2021)
1) Malaysia mengamalkan..
A) Sistem demokrasi kesatuan
B) Sistem demokrasi berpresiden
C) Sistem demokrasi berparlimen
D) Sistem demokrasi berpersekutuan
2) Manakah peruntukan yang berkaitan dengan agama dalam Perlembagaan Persekutuan ?
I. Agama Persekutuan Malaysia ialah Agama Islam
II. Setiap orang boleh menganuti dan mengamalkan agama masing-masing
III. Parlimen mempunyai peruntukan untuk mengubal Undang-undang Islam
IV. Yang Dipertua Negeri adalah Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan
A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV
3) Perlembagaan adalah lambang bahawa negara Malaysia adalah negara yang mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI
A) Malaysia sebuah Persekutuan
B) Agama Islam agama rasmi
C) Malaysia pernah dijajah
D) Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
4) Undang-undang diri dan keluarga Islam adalah terletak di bawah kuasa
A) Kuasa Persekutuan
B) Kuasa Negeri
C) Kuasa Bersama
D) Majlis Raja-raja
5) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada
A) Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
B) Kepentingan bahasa Melayu
C) Bahasa Melayu bahasa orang Melayu
D) Orang bukan Melayu juga boleh menggunakan bahasa Melayu
6) Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh
A) Majlis Raja-raja
B) Majlis Perundangan Persekutuan
C) Perdana Menteri
D) Mahkamah Agung
7) Badan perundangan di peringkat Persekutuan terdiri daripada berikut KECUALI
A) Parlimen
B) Dewan Negara
C) Dewan Rakyat
D) Majlis Mesyuarat Kerajaan
8) Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.
9) Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut, kecuali:
A) Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B) Menjana sinergi multisektor
C) Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D) Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
10) Organisasi berikut merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali
A) World Health Organization.
B) International Monetary Fund.
C) International Civil Aviation Organization.
D) Civil Rights International Foundation.
11) Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui perbincangan Transformasi Nasional (TN50) adalah:
A) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B) Kementerian Komunikasi & Multimedia
C) Kementerian Kewangan
D) Kementerian Belia dan Sukan
12) Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Ringgit?
A) Mikrofilem
B) Jalur hologram
C) Cetakan intaglio
D) Benang keselamatan
13) Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kecuali:
A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)
14) Taman asuhan kanak-kanak dikategorikan kepada
I . rumah
II . tempat kerja
III . rumah kedai
IV . institusi
A) I dan II
B) II dan IV
C) I, II dan IV
D) II, III dan IV
15) Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di negara kita:
I. Mahkamah Rendah –> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas –> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat –> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV
16) Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali
A) kuatkuasa undang-undang.
B) penganugerahan taraf.
C) percantuman wilayah.
D) pendaftaran.
17) Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli parlimen Dewan Negara?
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara
18) Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman?
A) Peguam Negara
B) Perdana Menteri
C) Yang di-Pertuan Agong
D) Yang di-Pertua Dewan Negara
19) Manakah kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?
I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
20) Sebuah komputer yang diserang oleh virus, cecacing atau trojan mempunyai tanda-tanda berikut
I . ingatan utama melebihi dari jangkaan.
II . perubahan pada sistem.
III . program dan fail sedia ada hilang.
IV . fail menjadi korup.
A) I dan II
B) III dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III, dan I
Kami Tahu Anda Tentu Perasan, Dan Tertanya-Tanya Dalam Hati..
‘ Mana jawapannya? ‘
‘ Macamana nak tahu betul atau salah? ‘
‘ Tak aci la camni! ’
‘ Tak faham la, cara nak dapat jawapannya.. ‘
Jadi, jika anda mahu lebih banyak contoh soalan Pengetahuan Am SPA yang dilengkapi dengan skema jawapan yang padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.
Rujukan & Soalan Pengetahuan Am SPA
Rujukan ini mengandungi contoh soalan Pengetahuan Am SPA yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.
Cara tempah :
- Klik Rujukan Soalan Pengetahuan Am SPA.
- Scroll ke bawah, klik ‘Pilih Rujukan Anda’
- Scroll ke bawah, pilih ‘Pilihan SINGLE #1’ (yg kaler biru tu).
- Scroll ke bawah,masukkan emel dan klik ‘Proceed to checkout’.
- Tunggu 10 minit baru semak emel, cara pembelian akan diemelkan kpd anda.
Tapi, Kenapa Saya Kena Beli Rujukan Ni?
1) Hati anda jadi riang sentosa
Nota Ringkas & padat dalam rujukan soalan Pengetahuan Am SPA ini berfungsi menjimatkan masa persediaan anda. Tak perlu marathon ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga anda mengadap skrin sesambil merantau satu internet. Mata tak letih dan leh jadi rabun tau. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang sentosa.
2) Guna pengalaman 12 tahun kami
Contoh soalan yg diberikan dalam rujukan soalan Pengetahuan Am SPA ini akan membiasakan anda dengan format exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Anda pinjam pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis (pensil & kertas) dan masih berpusat!
3) Memudahkan hidup anda
Skema jawapan yang disediakan dalam rujukan soalan Pengetahuan Am SPA ini pastinya menambah kepandaian anda. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak perlu tidur dalam library baca pelbagai buku berkenaan undang-undang Malaysia dan antarabangsa. Tak perlu kaji satu-satu kementerian yg terdapat dalam sistem pentadbiran negara.
4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawen baru)
Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen Pengetahuan Am saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit anda yg tak berapa nak banyak tu. Simpan duit lebih tu. Buat kawen baru. Hahaha..
Tak pon buat beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Realme X3 Superzoom ke, Oppo Reno4 Pro ke, tak pon Huawei Nova 7SE ker.. Kan.. Kan..
5) Honda City
Lastly, rujukan soalan Pengetahuan Am SPA ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang anda memperolehi masa depan yang lebih terjamin. Kalau dapat kerja kerajaan kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cakap.
Dapat bini cantik. Dapat suami hensem gila. Malah boleh beli rumah indah. Honda city sudah la pasti. Inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan dalam hidup anda setakat ini.
Tu la sebab kenapa anda bukan setakat kena beli. Tapi kena beli sekarang juga rujukan ni!
Tapi, Confirm Lulus Ke Kalau Saya Beli Rujukan Ini?
Kami tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Apatah lagi lulus.
Rujukan soalan Pengetahuan Am SPA ini hanya sekadar sedikit usaha. Usaha untuk meningkatkan peluang anda untuk lulus.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtu la lebih kurang situasinya.
Namun, kami berani cakap, rujukan yang kami recommend ni adalah rujukan soalan Pengetahuan Am SPA terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi, Jika Ia Tidak Membantu Saya, Camna?
Jika anda sudah hadir exam online SPA dan dapati rujukan soalan Pengetahuan Am SPA ini langsung tidak membantu walau 1 sen pun, anda boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas exam. Jadi tiada apa yang perlu anda risau!
Duit anda dapat, rujukan ni anda simpan. Anggap ni sedekah daripada kami dan syarikat Infokerjaya.
Cuma, pastikan anda da baca dan da buat semua latihan dalam rujukan soalan Pengetahuan Am SPA ini. Kami yakin & percaya ia bakal membantu anda menjawab soalan-soalan Pengetahuan Am SPA PSEE!
Tapi, Sempat Ke Pos Buku Ni?
Rujukan & soalan Pengetahuan Am SPA ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran sudah disahkan. Jadi anda tdk perlu duduk tercongok depan pintu, tunggu orang yang hantar barang tak kunjung sampai.
Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!
Namun, harus diingat. Contoh-contoh soalan Pengetahuan Am SPA yang kami bawakan ini bukanlah soalan sebenar dan bukan juga soalan bocor. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menjawab peperiksaan online SPA untuk Seksyen Pengetahuan Am!
FAQ Mengenai Rujukan Pengetahuan Am
Adakah seksyen Pengetahuan Am ini ditanya dalam semua exam SPA?
Tidak. Hanya sesetengah jawatan sahaja yang mengandungi seksyen Pengetahuan Am. Misalnya PTD M41, Penguasa Bomba KB41, Penolong Penguasa Bomba KB29, Pembantu Laut A19 dan beberapa jawatan lagi.
Adakah rujukan Pengetahuan Am SPA ini adalah soalan bocor?
Sama sekali bukan. Ini hanya rujukan yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat.
Apakah cara terpantas mendapatkan rujukan soalan Pengetahuan Am SPA ini?
Klik rujukan Pengetahuan Am ini. Ikuti arahan di laman tempahan. Rujukan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam sahaja.