Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Anda dapat emel panggilan ke Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 bulan ni oleh pihak SPA? Tahniah kalau begitu. Cuma.. Sampai sekarang masih tak pasti apa benda nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam yg bagus?

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Jabatan Perkhidmatan Awam

Anda pastinya sedar, bahawa gagal dalam Peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 bukan suatu pilihan. Ia bakal ‘menghancurkan’ peluang untuk dipanggil ke stage temuduga dan memang amat jauuuh sekali daripada menerima lantikan jawatan sebagai abang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang hensem atau cantik (bagi calon wanita). Nampak gayanya hasrat murni dalam sanubari anda itu terpaksa ditunda lagi. Ini sudah kali keberapa kan.. Hurmmm..

Baca: Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41

Tapi nanti sebentar!

Anda sudah sampai ke tempat yang betul. Dah tak perlu ke mana-mana web lain lagi. Siapa tahu post ini bakal mengubah nasib anda.

Dan yang paling penting, siapa tahu post ini boleh memberi harapan kepada mereka yang paling anda sayangi!

Jadi sila fokus terhadap perkongsian ini.

Berikut adalah makluman terkini yang sudah dikeluarkan oleh SPA.

Sila buat semakan semula nama anda untuk memastikan bahawa anda memang dipanggil menduduki exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini.

SEMAKAN PANGGILAN PSEE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 10.00 PAGI – 12.25 TENGAH HARI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pegawai-tadbir-dan-diplomatik-m41

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

Baca: Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 (PSEE)

PERUBAHAN FORMAT PSEE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 2021

Kalau anda perasan, tahun ini SPA telah membuat sedikit perubahan lagi terhadap format exam online.

Seperti tahun-tahun lepas. Pada tahun 2021, tiga seksyen dijadualkan dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Iaitu :

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Untuk post kali ini, kami akan perincikan format di Seksyen A dan beberapa contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Calon yang layak menduduki exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 sedang membuat persediaan. Sudah pasti anda pun sama kan?

Sekiranya anda mahu membaca dan memahami seksyen B dengan lebih baik, anda boleh dapatkan penjelasan lanjut berkaitan skop soalan Matematik atau Daya Menyelesaikan Masalah yg sering keluar dalam exam M41 ini di contoh soalan matematik Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Sekiranya anda mahu mengenali seksyen C dengan lebih jelas, anda boleh dapatkan penjelasan lanjut berkaitan skop soalan BI yg sering keluar dalam exam M41 ini di contoh soalan kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Calon-calon peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang sedang mencari maklumat tambahan seperti nota padat, contoh soalan Pengetahuan Am (serta skema jawapan) boleh mengambil peluang dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan rujukan contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang akan kami edarkan di bawah.

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Berdasarkan iklan terkini kekosongan jawatan SPA iaitu sekitar 27 Mei 2021 lalu, jumlah kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang diperlukan di Jabatan Perkhidmatan Awam adalah seramai 400 orang. Calon simpanan pula adalah seramai 50 orang.

Bagi melayakkan anda menyandang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, calon wajib lulus terlebih dahulu dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang akan dijalankan.

Baca: Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29

GAGAL MENJAWAB SOALAN PENGETAHUAN AM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Andai calon terbabit berjaya dalam tapisan awal ini, barulah calon itu dipanggil ke temuduga. Akan tetapi, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal melepasi tapisan pertama iaitu : kegagalan menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Terutamanya di Seksyen A yg mengandungi soalan-soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Tahukah anda bahawa peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 diadakan khusus oleh pihak SPA Malaysia dengan objektif menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan informasi melalui latihan, pendidikan akademik dan pengalaman.

Untuk itu, sekiranya ingin lulus dengan cemerlang anda perlu bersedia dengan sebaik mungkin menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di seksyen Pengetahuan Am.

Berikut adalah cadangan persediaan awal yang boleh calon lakukan :

  • Mengetahui tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 SPA
  • Mengetahui cara menjawab exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 JPA dengan betul
  • Melengkapkan diri dengan skema jawapan exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 JPA
  • Bersiap sedia dengan topik peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang berkemungkinan besar disoal
  • Membuat penyesuaian diri dengan contoh soalan exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 SPA

Secara asas, itulah antara persiapan yang boleh calon-calon buat.

Lebih dari itu, calon-calon exam juga boleh mendapatkan rujukan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di bawah yang telah membantu ramai calon terdahulu.

Baca: Soalan Pengetahuan Am Akauntan Gred WA41

JADI ADAKAH ANDA CALON PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41?

Calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang sedang mencari bacaan tambahan seperti nota padat, contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (serta skema jawapan) mungkin boleh mengambil peluang dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang kami edarkan di bawah.

PROSES LANTIKAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41

Bagi menjawat jawatan ini, calon mesti memenuhi syarat permohonan. Menduduki dan lulus peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 dan melepasi tapisan temuduga.

Ini adalah ringkasan proses pengambilan kakitangan awam. Proses aliran diringkaskan seperti di bawah :

1. Memenuhi syarat permohonan

2. Lulus peperiksaan

3. Lepas temuduga

4. Ditawarkan menjadi Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41

PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41 JPA SESI 2021

Exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 merupakan peperiksaan tahap tinggi kerana mempunyai skor penilaian yang akan mengasingkan calon daripada latar akademik berbeza dan lingkungan persekitaran berlainan.

Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam entri khas ini dan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan khas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 nanti.

MASALAH PENGETAHUAN AM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?

Ini adalah disebabkan skop soalan seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah cukup luas dan bidang yg disoal adalah sukar diramal.

SUKATAN PEPERIKSAAN PENGETAHUAN AM PTD M41

Berdasarkan panduan umum yg dikeluarkan oleh SPA, berikut adalah apa yg disukat daripada calon-calon dalam seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir DIplomatik M41 ini:

” Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara. “

TOPIK ULANGKAJI UNTUK SEKSYEN PENGETAHUAN AM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Untuk seksyen A: Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, ia melibatkan keluasan pengetahuan am seseorang. Soalan yang diutarakan menguji sama ada calon ‘alert’ dengan hal-ehwal semasa dalam negara atau tidak. Isu luar negara turut disoal.

Sudah tentu skop yang diajukan dalam seksyen A ini luas & sukar untuk dijangka. Walaubagaimana pun, daripada pemerhatian kami, antara topik yang ‘agak kerap’ keluar adalah seperti di bawah:

  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
  • Fungsi dan struktur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Deskripsi tugas jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 SPA

1) Ideologi Negara diwujudkan kerana :

A) Merealisasikan kontrak sosial oleh semua kaum utama di Malaysia
B) Mendoktrinkan negara ini dengan tujuan mencapai perpaduan kaum demi kemakmuran negara Malaysia
C) Memastikan semua rakyat bebas beragama atau tidak, asalkan kemakmuran dinikmati bersama
D) untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi

2) Sungai terpanjang di Malaysia ialah

A) Sungai Pahang
B) Sungai Kinabatangan
C) Sungai Rajang
D) Sungai Kesang

3) Objektif Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah bagi

I. mengamalkan budaya 1 Malaysia ke arah kehidupan yang lebih harmoni.
II. bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat.
III. memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju dan bersatu padu
IV. mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan.

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

4) Gua terbesar dan terpanjang di Semenanjung Malaysia adalah

A) Gua Tempurung
B) Gua Niah
C) Gua Mulu
D) Gua Gumantong

5) Penjelasan Prinsip Rukun Negara yang pertama : Kepercayaan Kepada Tuhan yang berikut adalah benar kecuali :

A) Setiap rakyat bebas memilih agama kerana agama menyuruh berbuat kebaikan
B) Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman
C) Ketiadaan agama tidak semestinya meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara
D) Negara yang berdaulat adalah apabila semua rakyat berpegang kepada agama

6) Manakah benar berkaitan jenis kerajaan persekutuan?

A) Gabungan kuasa hanya berlaku dalam kalangan negeri beraja sahaja
B) Kuasa kerajaan negeri dan pusat dikongsi dalam aspek perundangan dan pentadbiran
C) Kuasa pentadbiran dan perundangan diletakkan di bawah kawalan kerajaan persekutuan dan negeri diberi kuasa autonomi
D) Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang melibatkan badan eksekutif, kehakiman dan perundangan di negeri-negeri yang bergabung

7) ” Sikap yang bersopan santun dan bersusila amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di negara ini “.

Kenyataan ini adalah berkaitan dengan prinsip berikut :

A) Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
B) Keluhuran Perlembagaan
C) Kedaulatan Undang-undang
D) Kesopanan Dan Kesusilaan

8) Dasar Kependudukan Malaysia mempunyai tujuan ke arah

I. membantu dari segi politik dan pertahanan.
II. penyediaan untuk menampung penduduk seramai 70 juta orang.
III. penyediaan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.
IV. memastikan pertumbuhan penduduk sejajar dengan pertumbuhan ekonomi.

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

9) Manakah antara berikut merupakan Negara anggota ASEAN pada awal penubuhannya?

A) Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Laos
B) Malaysia, Thailand, Brunei, Filipina dan Singapura
C) Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand
D) Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan Indo-China

10) Status kerajaan tempatan bertaraf bandar raya dianugerahkan oleh

A. Menteri Besar
B. Perdana Menteri
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Majlis Kerajaan Tempatan

11) Antara berikut yang manakah merupakan undang–undang tidak bertulis di Malaysia?

I. Adat resam
II. Undang–undang Inggeris
III. Keputusan–keputusan mahkamah
IV. Undang–undang Kecil Kerajaan Tempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

12) Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.

A) Senarai Negeri
B) Senarai Bersama
C) Senarai Persekutuan
D) Senarai yang disusun semula

13) Baca pernyataan di bawah.

Pernyataan:

Madaline dari Australia ditangkap ketika berada di dalam pesawat Air Asia yang didaftarkan di Malaysia kerana membawa senjata berbahaya.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah bagi pernyataan di atas?

A) Mahkamah Harta Intelek
B) Mahkamah Tinggi
C) Mahkamah Khas
D) Mahkamah Tentera

14) Prosiding dibuat secara tertutup berkaitan dengan

A) Mahkamah Tinggi
B) Mahkamah Sesyen
C) Mahkamah Syariah
D) Mahkamah kanak-kanak

15) Manakah berkaitan dengan langkah mengatasi masalah sistem penyampaian khidmat awam?

A) Membudayakan kreativiti dan inovasi
B) Meningkatkan inisiatif kepada penjawat awam
C) Menyediakan kemudahan peralatan berteknologi moden
D) Memberi keutamaan kepada kenaikan pangkat dan kebajikan pekerja

16) Antara berikut, yang manakah merupakan pihak yang memberi persetujuan tentang pindaan yang melibatkan Sabah dan Sarawak?

A) Yang DiPertuan Agong
B) Yang Dipertua Negeri
C) Perdana Menteri
D) Menteri Dalam Negeri

17) Sesebuah negara itu dianggap mengalami kemelesetan ekonomi jika pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah negatif berturut-turut selama..

A) dua suku tahun
B) tiga suku tahun
C) dua tahun
D) tiga tahun

Setelah meneliti dan cuba menjawab contoh-contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di atas. Apa pendapat anda? Agak pening dan sakit kepala bukan?

Berita baiknya ialah..

Calon-calon yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang politik atau bidang pentadbiran atau bidang pengajian berkaitan perhubungan antarabangsa tidak memperolehi kelebihan di seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini.

Ini kerana soalan yang dikemukakan adalah soalan jenis ‘logik’ dan ‘basic’ sahaja. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat Pengetahuan Am yang difikirkan patut dan perlu diketahui oleh seorang rakyat Malaysia yang mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di dalam pelbagai lapangan akademik.

Proses pemahaman serta penyelesaian soalan di seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 cuma pengaplikasian pengetahuan mengenai Malaysia dan alam sekeliling di peringkat asas. Bak kata orang, semua calon “bertarung di gelanggang rata”.

Untuk koleksi lengkap contoh-contoh soalan Pengetahuan Am beserta skema jawapan, anda boleh mendapatkan rujukan contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di bawah.

Contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Jabatan Perkhidmatan Awam

Atau,

Anda baca terlebih dahulu contoh Soalan Pengetahuan Am SPA ini yang menerangkan seksyen Pengetahuan Am ini dengan jelas. Dah tahu belum? Kalau belum. Elok baca cepat!

Selain itu,

Anda juga mungkin mahu membaca dan memahami lagi beberapa contoh soalan SPA online Pengetahuan Am ini. Ia menerangkan seksyen Pengetahuan Am ini dengan lebih detil lagi.

MENGENAI RUJUKAN SOALAN PENGETAHUAN AM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Secara ringkas, rujukan soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini mengandungi perkara-perkara berikut:

Rujukan persediaan exam online ini disusun khas mengikut format exam 2021 yang jauh berbeza dengan format 2017-2018

Dah tolong ramai calon lulus sebelum ini dan tahun ini kami doakan giliran anda pula!

Contoh soalan dan cara penyelesaian setiap soalan. Jadi anda boleh dapat idea jelas apa dan bagaimana soalan ditanya. Tak perlu blurrr lagi!

Nota-nota ringkas Matematik. Tajuk-tajuk yang menjadi soalan lazim penilaian Seksyen Matematik SPA. Buat apa studi topik-topik yang tak pernah ditanya dalam exam SPA seperti “Plan & Dongakan”. Studi yang pernah ditanya jer! Kami tunjukkan.

Semua maklumat yang terkandung didalamnya adalah ilmu dan informasi yang benar dan tepat, yang dikumpul dan dihimpunkan daripada pengetahuan serta pengalaman calon-calon yang telah pun berjaya dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Inilah satu-satunya rujukan dan panduan yang boleh anda gunakan untuk mencapai impian menjawat jawatan di sektor awam.

Berikut adalah apa yang anda akan miliki sekiranya mendapatkan rujukan Pengetahuan Am ini :

Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Huraian secara terperinci Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Contoh Soalan PeperiksaanPegawai Tadbir dan Diplomatik M41 beserta skema jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.

Nota khas matematik merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!

SEDIKIT PERINGATAN

Sebelum anda melompat kegirangan dan menyangkakan hidup ini begitu mudah. Suka sekali kami ingatkan bahawa setiap panduan, contoh soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, tips dan sebagainya yang dihantar kepada anda hanyalah merupakan rujukan sahaja.

Sekadar rujukan dan bukan soalan bocor. Bukan juga jaminan anda akan lulus.

Namun, dengan adanya rujukan & contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebegini, anda boleh memperkemaskan diri sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada kali ini.

SENARAI FAQ

Apakah cara terpantas mendapatkan rujukan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?

Klik pautan rujukan Penolong Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini. Ikuti arahan pembelian di laman tempahan tersebut.

Adakah ini soalan bocor seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?

Bukan sama sekali. Ini cuma pakej bantuan ulangkaji yang mengandungi koleksi soalan latih tubi dan nota-nota padat. Ia hanya berfungsi membantu calon study sahaja.

Apakah bentuk sukatan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41?

Sukatan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 merangkumi tiga seksyen iaitu: Seksyen Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Bahasa Inggeris dan Ujian Psikometrik.

Adakah kesemua seksyen ini di-cover dlm rujukan ini?

Betul. Rujukan khas Pegawai Tadbir Diplomatik M41 membincangkan ketiga-tiga seksyen peperiksaan yg terlibat.

Leave a Comment

error: Content is protected !!