Ternak Ikan Talapia Merah

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi ikan air tawar yang dipanggil talapia merah ini. Spesies ikan talapia merah ini sudah cukup terkenal di kalangan masyarakat kita. Cara penternakannya juga amatlah mudah dan senang. Sebagai bakal penternak, anda harus ada persediaan dan pengetahuan mengenai cara ternak ikan talapia merah ini.

ternak ikan talapia merah

Sebagai permulaan, cara ternak ikan talapia merah ini, perlu anda teliti agar cara yang anda lakukan adalah betul dan tidak salah sehingga mengakibatkan kerugian yang besar. Dalam menjaga, menternak dan mengurus ikan talapia merah ini, ada cara-cara yang betul. Dan teknik-teknik menternak ikan talapia merah yg anda amalkan haruslah berpandukan fakta yang tepat.

Sehingga mencapai kejayaan dan membuahkan hasil yang lumayan dan berbaloi kata orang. Beberapa cara ternak ikan talapia merah di bawah ini akan cuba menjelaskan dengan lebih lanjut setiap satu cara tersebut.

Kolam yang sesuai

Sediakan tempat yang sesuai, yakni kolam. Tempat kolam yang tidak sesuai misalnya tempat kawasan banjir, tiada tempat pembuangan air dan sebagainya.

Untuk penjagaan tempat yang sesuai haruslah disediakan tempat yang ada tempat pembuangan air, dan kawasan yang tidak banjir. Tempat yang sesuai adalah isu yang pertama dan yang paling utama.

Kenapa?

Kalau anda dah buat kolam tanah ikan talapia merah, tiada cara mudah utk memindahkannya ke tempat yang lain yg lebih selamat. Tapi, berapakah saiz kolam ikan talapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan talapia yg dibina itu?

Mendapatkan benih ikan talapia merah

Bagi memilih benih ikan talapia merah, kena perhatikan perbezaan harga pasaran dan kuantiti benih ikan tersebut. Harga tidak sama. Lain pembekal, lain sedikit harganya.

Setelah memilih benih ikan talapia merah yang tahan lasak, pastikan pembekal bungkus elok di dalam plastik atau diletak di dalam balang atau bekas yang terjaga rapi. Pemilihan benih ikan talapia merah adalah langkah kedua dalam cara menternak ikan ini.

Benih ikantalapia merah ini dipilih dari segi saiz dan harga. Harga yang mahal bermaksud kualiti benih ikan talapia merah yang bagus. Tetapi tidak selalunya. Anda kena teliti dahulu. Pastikan benih ikan segar, sihat dan stok baru. Jika sudah lebih seminggu, benih ikan talapia merah tersebut, mungkin harga jauh murah. Tetapi tidak sesegar dan sebaik benih ikan talapia merah yang baru menetas.

Suhu yg sesuai

Langkah ketiga cara ternak ikan talapia merah ialah mencari masa yg sesuai dan kenalpasti suhu air yang sesuai sebelum benih ikan talapia merah dilepaskan ke dalam kolam. Berapakah suhu yang sesuai itu? Di antara 30 – 32 darjah celsius.

Bukan masa untuk benih ikan dilepaskan sahaja, malah masa anda melepaskan juga perlu sesuai.

Jangan masa anda tengah marah, nanti ikan pula jadi mangsa hehe. Gurau..

Makanan ikan talapia merah

Makanan utama ikan talapia merah selain daripada makanan semulajadi ialah dedak, soya, pallet makanan, hampas kacang dan sebagainya.

Bukan tentang makanannya yang aku nak cerita tapi tentang cara-caranya. Caranya ialah makanan hanya diberikan dua kali dalam tempoh tiga hari dan bukan hari-hari. Ha anda baru tahu kan? Selama ni bagi hari-hari? Ikan banyak mati? Itulah punca kematian ikan itu sebab makanan menganggu persekitaran ikan-ikan tersebut.

Anda perlu ambil tahu cara ternak ikan talapia merah yg betul, walaupun ikan talapia merah ini ikan yang tahan lasak. Namun ia juga boleh mati jika tidak betul cara menternaknya.

Penjagaan kolam

Selain makanan, langkah seterusnya ialah proses penjagaan dan kebersihan kolam. Meskipun ikan talapia merah ini ikan air tawar dan hidup bersama lumut-lumut, ranting kayu dan lain-lain. Namun jika ikan talapia merah ini diternak, kesemua itu tidak diperlukan. Anda kenalah cuci dengan kerap supaya air di dalam kolam bersih dan terjaga.

Bukan kehidupan kita sahaja perlukan kebersihan tau, ikan tersebut juga perlu. Proses cuci kolam ini dilakukan pada kebiasaannya dua kali seminggu atau tiga kali seminggu mengikut keadaan kolam yang kotor.

Kolam yang kotor boleh menjadi punca kematian. Sebab itu, ramai penternak mengalami kerugian yang besar kerana pengetahuan mengenai cara pembersihan kolam diabaikan. Mereka fikir kolam tersebut tidak perlu dibersihkan kerana menyangka ikan talapia merah boleh hidup dalam kolam yang jarang dibersihkan.

Itu adalah perkara yang tidak benar . Aku harap anda jangan jadi seperti itu. Pastikan kolam ikan talapia merah haruslah bersih selalu.

Baca ternakan ikan talapia dalam kolam untuk cara mengurus kolam talapia dengan betul.

Kolam pendua wajib ada

Cara ternak ikan talapia merah seterusnya ialah sediakan kolam pendua. Ini jarang dibinangkan dengan penternak-penternak baru seperti anda hehe. Betulkan anda penternak baru? Kerana ia biasanya melibatkan kos tambahan, dimana penternak baru masih belum bersedia sepenunya.

Kolam pendua diperlukan untuk dua perkara utama, iaitu proses cuci kolam dan proses pengasingan ikan yang matang.

Kolam pendua ini tidak perlu besar, namun jangan kecil sangat pula. Proses pengasingan ikan yang sudah matang dan benih ikan talapia merah dibuat di kolam pendua ini. Ikan yang sudah matang atau dipanggil proses tuai perlu diasingkan dengan benih ikan talapia merah, ini kerana ikan yang sudah matang boleh memakan benih ikan lalu mengakibatkan kerugian yang besar.

Jadi, itulah kegunaan kolam pendua. Selepas pengasingan ikan yang matang, ikan tersebut boleh dijual dan siap untuk pemasaran. Ikan talapia merah yang sudah matang mendapat sambutan yang tinggi lebih daripada benih ikan talapia merah.

Fasa pengasingan

Fasa seterusnya ialah fasa pengasingan. Bukan fasa 1, 2 yang merentas daerah atau negeri tu. Fasa pengasingan ini adalah cara ternak ikan talapia merah yg penting. Fasa pengasingkan ini tidak jauh beza dengan fasa asingkan ikan talapia merah yang matang benih ikan.

Untuk tiga perkara di atas, pengasingan, matang dan pengasingan benih ini memerlukan kolam pendua.

Pemasaran

Ternik pemasaran juga tidak kurang pentingnya dalam cara ternak ikan talapia merah. Dimana ia adalah cara yang paling dinanti-nantikan oleh penternak. Inilah fasa yg mendatangkan hasil dan keuntungan selepas perbelanjaan besar dalam perniagaan yang telah anda laburkan.

Ikan talapia merah ini sudah ada peminat tersendiri. Namun anda kena tahu cara pemasaran yang betul agar ia menjadi tumpuan masyarakat atau pembeli. Cara pemasaran ikan talapia merah sama ada mentah atau sudah dimasak mendapat sambutan yg baik.

Pihak berkuasa

Melibatkan pihak berkuasa bukanlah termasuk di dalam cara-cara menternak ikan talapia merah. Tetapi ia perkara yang anda kena lakukan. Supaya pada masa akan datang, apabila lesen diminta, anda sudah bersedia supaya tidak susah dikemudian hari.

Ada tempat yang tidak perlu lesen, namun jika anda ingin menjual ikan di pasaran dan di luar kawasan, lesen diperlukan kerana ia melibatkan aktiviti perniagaan. Jadi, aku masukkan jugalah ini dalam cara ternak ikan talapia merah yang agak penting. Iaitu meminta kebenaran daripada pihak berkuasa. Kebenaran untuk kawasan penternakan, lesen perniagaan ikan talapia merah, lesen menternak ikan talapia merah.

Perbelanjaan Modal

Perancangan perbelanjaan untuk modal dan pengasingan modal dan untung. Modal juga anda mesti uruskan dengan betul dan pengasingan pusing modal serta untung diasingkan supaya nampak hasilnya dan akan rasa berbaloi.

Bijak dalam pengurusan perbelanjaan dan sediakan keluar masuk jumlah wang supaya kewangan dapat dikawal dan anda boleh catatkan keluaran kewangan. Setiap bulan anda boleh semak sendiri data di mana untung rugi telah dicatatkan. Ingat tau, anda catat jangan tak catat.

Di pengakhiran nasihat aku, ialah setiap yang berniaga pasti ada untung atau rugi. Itu adalah asam garam dalam perniagaan. Jadi, untuk cara ternak ikan talapia merah yg dikongsikan ini bukan sukar tetapi tidak juga mudah. anda perlu peka dan titikberatkan dan jangan ambil mudah sebelum memulakan langkah ke dunia penternakan ikan talapia merah.

Penutup

Ingin memulakan bisnes ikan talapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

error: Content is protected !!